Antara Cinta, Sahabat dan Keluarga

Hari ini, kita berhadap dengan hari yang mungkin indah, mungkin juga luka dan pelbagai jenis emosi yang mungkin membuat kita terkeduh dan terlupa akan tanggungjawab sebenar di dunia yang rakus ini. Semalam saya melihat gambar gambar lama dalam album dan sebahagian portfolio yang telah saya kumpul untuk tatapan di hari tua mahupun kenangan tentang kehidupan sewaktu saya masih ada dunia. Adakah kenangan itu akan menjadi tatapan mahupun teladan kepada generasi akan datang?

Pada tahun lalu, sudah banyak perniagaan yang saya telah ceburi dan ada yang memberi pulangan yang lumayan, ada juga yang sekadar mampu untuk duduk kedai kopi yang kian menghadapi krisis pasaran gula yang sukar untuk mereka menjalankan perniagaan dengan baik. Tapi, kita masih melihat orang ramai masih menuju restoran yang menyediakan pelbagai juadah biarpun ketiadaan gula. Di mana tempat yang semakin sedikit orangnya? Tempat tempat beribadah sudah kurang, akibat manusia yang sudah tidak yakin akan kewujudan maha pencipta, malah ada sesetengah pihak cuba melenyapkan tempat orang biasa beribadah dan tidak percaya akan adanya dunia akhirat. Alasan, rumah sendiri pun boleh dijadikan tempat beribadah, adakah itu benar?

Antara Cinta, Sahabat dan Keluarga, mana satu ka yang penting? Ramai orang mengatakan, tiada Duit, tiada Cinta, tiada Sahabat, tiada keluarga? Adakah semua ini benar? Adakah kita sudah pupus dan tewas ke atas kertas yang telah membutakan mata kita semua? Bakal jutawan mengatakan, hari minggu adalah hari untuk sembahyang namun pada hari itu jugalah kita kena ambil peluang untuk menjana wang, jadi mana yang lebih penting, sudah tentu wang ringgit? Dalam hati saya, wang ringgit sahaja? Kenapa bukan dollar, pound atau yang lebih hebat nilainya? Kita lebih gembira dengan adanya duit yang lebih yang mampu memberi kita kepuasan duniawi yang sebenar, tapi adakah kita gembira dengan pencapaian tersebut? Mashi dengan alasan, rumah pun boleh dijadikan tempat beribadah. Kenapa kita kena beribadah di rumah sedangkan untuk menjana duit kena pergi ke tempat yang ramai? Adakah populasi dalam rumah ibadah tidaklah setanding populasi di dewan yang besar dipenuhi bakal jutawan?

Tidak salah untuk kita menjana pendapatan yang lebih, tapi atas rasa timbang rasa dan tanggungjawab serta prihatin dengan kehidupan seorang yang manusia yang inginkan kebaikan dan berfikiran positif, haruslah diingatkan sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga. Walau setinggi mana kita terbang, kilat dan guruh akan sentiasa bersama kita. Jangan sampai kita hanyut dengan kemewahan dan mengejar sesuatu yang mungkin kita tidak miliki selamanya. Sentiasalah memilih jalan yang benar dan lakukanlah dengan rendah hati. Jika ada peluang perniagaan yang baik, tidak salah untuk kita mencuba tapi sentiasa ingat akan maha pencipta walaupun Sains telah banyak membuktikan kewujudan manusia dari janin dan soalan yang saya tidak pernah dapat jawapan sampailah sekarang ialah, mana yang dulu, telur atau ayam? Dunia memang hebat dengan teka teki.

Silk Village


P/s: Tiba tiba saya kerasukan pada waktu tengahari, di mana matahari berada 90 darjah di atas..
0