Landscape | Panoramic | Still Life | Wedding | Street Photography | Journalism

Friday, July 8, 2011

Jom Berjenaka Sebentar

I know it has been a very long due of updating my green page (thank God it's not yellow) Well, there was a massive jam in KK lately and people start to talk about color. Biarlah sya cakap melayu hari ini ok?

Pada tanggal, saya sendiri pun sudah lupa tarikhnya, BERSIH 2.0 rally akan berlangsung pada 9 July 2011. Warna yang mereka pilih ialah warna kuning dan terlalu banyak berita dan khabar angin yang mengatakan akan menjadi salah satu sejarah lagi buat negara Malaysia. Tapi kenapa warna kuning yang menjadi mangsa? Kini orang yang berkereta Kuning turut berasa takut untuk keluar, bukan apa, apa tidaknya, baru pakai baju kuning, sudah kena cop anggota BERSIH, pastu kena bawa p lokap dan free interview walaupun sudah mempunyai pekerjaan.

So, apa lagi selepas ni?

- Yellow, lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Coldplay tidak lagi boleh dimainkan di corong corong radio mahupun TV malaysia.
- YellowPages mungkin akan bertukar ke BluePages (dimana Blue filem punya dianggap salah satu guide juga)
- Warna Diraja juga mungkin akan berubah kepada warna lain, mungkin Pink atau silver?
- Nasi kuning sudah tidak boleh di makan.. siapa makan kena penyakit kuning.. pastu dirawat di balai atau lagi teruk penjara..
- Kalau badan warna kuning langsat.. awas awas jak laa aah.. sya pun tidak boleh jamin..
- Semua kuning telur pun terpaksa kena buka..
- Pokok Seraya kuning kamu potong la kalau ada depan rumah kamu..
- Rain coat kuning yang mudah didapati di 7 Eleven juga tidak boleh pakai waktu hujan..
- Orang Kuning iaitu DiGi maskot - sya kesian dengan kamu
- Jangan kamu kahwin bertemakan Kuning skarang..
- Otak Kuning? Pandai pandai la kamu fikir.

Walau apa pun terjadi pada 9 July 2011, saya amat berharap tiada seorang pun yang cedera atau harta benda dirosakkan. Doa dan harapan agar orang orang tua ini semua fikir secara logiknya dan ingatlah beribadah dan kurangkan kegilaan kuasa. Dunia mungkin lebih aman sekiranya ada kebanyakkan pemimpin macam Obama.

Sekian dan terima kasih.

No comments: