3 Jenis Kawan Setia


Salam hari jumaat. Inilah hari yang paling disukai oleh orang ramai. Salah satu sebab adalah hari last bekerja bagi kebanyakan orang. Lepas itu hujung minggu boleh berjumpa dengan kawan, tidak kiralah kawan baru atau kawan lama, pasti ada rancangan untuk keluar daripada stress kerja.


Di antara ramai kawan ni, ada 3 jenis kawan saya yang paling senang dikenali. Semuanya adalah orang yang selalu dekat dengan saya ketika sedih dan gembira.

3 Jenis Kawan Setia

1) Malaikat - Kawan jenis ini dia sopan santun, bagus didikan agama dan sentiasa menjadi pendengar setia di waktu susah. Suka buat kerja amal. Walaupun dia sibuk dengan kerja amal dia, sebagai kawan dia sentiasa akan bagi masa untuk jadi pendengar kamu. Tidak kiralah bersemuka ataupun melalui telefon. Dia pasti ada masa untuk kamu.

2) Mulut Puaka - Kawan jenis ini kalau bercakap memang tiada tapis. Kalau tidak kenal asal usul dia memang macam setan. Tapi waktu kawan dia susah, dialah orang pertama yang akan jadi penyelamat dunia. Kawan ini dia jenis terus terang itulah kadang kadang rasa sakit hati juga kena mulut puaka dia tapi semuanya untuk kebaikan kawan dia sendiri. Caranya mungkin kasar sedikit tapi sebenarnya dia ambil berat dengan kawan dia.

3) Kuat Makan - Kawan yang tidak pernah kenyang. Dia boleh temankan kamu makan bila bila masa sahaja. Lagi best kalau yang pandai masak, kamu minta apa pun dia boleh tolong masak dan makan sama sama. Adakah kawan kamu macam ni? Saya ramai. Jadi jangan hairan sekejap naik berat.

I think that's all for today. It's Friday. Enjoy your weekend!
0